SENTANG
Jenis : Kayu
keras ringan.
Nama Botani : Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae.
Populasi : Sering ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit.
Keterangan Am :
- kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan.
- ira kayunya berpanca.
- strukturnya yang mirip lingkaran cincin menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tidak tahan lama
Kegunaan : Dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot,
kemasan, panel, pengadang dan lantai.
KEMBANG SEMANGKOK
Jenis : Kayu
keras ringan.
Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Populasi : Ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan
berpaya.
Keterangan Am :
- kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
- ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.
MELUNAK
Jenis : Kayu
keras ringan.
Nama Botani : Pentace spp dari spesies keluarga Tiliaceae.
Populasi : Didapati berselerak di tanah rendah dan hutan bukit.
Keterangan Am :
- corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau coklat kemerahan.
- ira rapat dan berpanca.
- tekstur agak halus dan rata.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Sesuai untuk pembinaan ringan, kemasan, panel, perabot, lantai, pembinaan
bot, perhiasan dalaman dan papan lapis.
NYATOH
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis
ringan)
Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan
pergunungan sebelah Pantai Timur.
Keterangan Am :
kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah
jambu pekat atau coklat kemerahan.
- ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
- bertekstur rata dan sedikit kasar.
- keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan
bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket, geladak/
dek bot dan venier.
MERBAU
Jenis : kayu
keras berat.
Nama Botani : Intsia palembanica I.
Bijuga dari spesies keluarga Leguminosae.
Populasi : Tersebar secara meluas terutama di kawasan bertanah rendah dan sepanjang
sungai.
Keterangan Am : Corak kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat. Teras kayu akan
bertukar daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar,
bertukar warna lagi kepada coklat atau coklat kemerahan gelap disebabkan
perubahan cuaca. Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tahan lasak
Kegunaan : Gelang pertumbyhan dan warna gelapnya menjadikan ia menarik dibuat kemasan
terutama untuk panel, lantai parket, kabinet, bingkai pintu dan tingkap serta
dijadikan pemegang alat pertukangan dan perabot kegunaan harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan